| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Jalinan Kasih Krismas dan Tahun Baru Cina

Pada 14 Februari 2019 (Khamis), Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Program Jalinan Kasih bersempena sambutan Perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina bertempat di Unit Jumpa Pusat Koreksional Bintulu. Program ini melibatkan seramai 8 orang banduan, 2 orang tahanan POCA, dan 50 orang ahli keluarga. Program telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Hairol Hisham Bin Mohd Harith, disusuli dengan ucapan wakil daripada penghuni, jamuan makan dan akhir sekali sesi beramah mesra di antara banduan/tahanan dengan keluarga masing-masing. Program ini telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.