| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Ping Pong Piala Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan 2019

Pada 16hb Februari 2019 (Sabtu) bertempat di Dewan Wawasan Taman Ehsan, Penjara Tawau telah diadakan Perasmian Penutupan Kejohanan Ping Pong Piala Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan 2019 yang disempurnakan oleh TKP Hj. Suria Bin Hj. Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Encik Chu Voon Fui,Guru Besar SJK (C) Sin Hwa Tawau sebagai Penaja Peralatan sepanjang kejohanan, Timothy Yap, Pemain Ping Pong Sabah selaku Ketua Pengadil Pertandingan dan Bao Li Jie, Jurulatih China selaku tetamu jemputan bagi pertunjukan permainan. Turut hadir ialah ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Sabah dan W.P Labuan. Kejohanan tersebut telah bermula pada 14hb Februari 2019 selama 3hari bertempat di Dewan Wawasan Taman Ehsan (Penjara Tawau, Sabah) selaku pengelola bagi kejohanan tersebut. Antara acara yang dipertandingkan Acara Berpasukan Lelaki, Bergu Terbuka Lelaki, Perseorangan Terbuka Lelaki, Bergu Terbuka Wanita, dan Bergu VIP. Penyampaian piala pusingan dan medal bagi setiap peserta kejohanan serta cenderahati kenangan kepada tetamu jemputan disempurnakan oleh TKP Hj. Suria Bin Hj. Idris diiringi PKK Faisal Bin Mohamed Noor.