| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

'Hunt Help Yourself No Suffer No Tears'

Buat julung kalinya, Unit Latihan Institusi dengan kerjasama Unit Pemulihan Dan Pendidikan telah mengadakan Kursus Hunt “Help Yourself No Suffer No Tears” kepada seramai 32 pegawai dan kakitangan selama 2 hari mulai 18 hingga 19.02.2019 (Isnin dan Selasa). Kursus tersebut telah diadakan bertempat di Dewan Bunga Raya, PPA / Pusat Koreksional Machang di mana PKK Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah PPA / Pusat Koreksional Machang selaku penceramah kursus tersebut. Antara pengisian kursus adalah ceramah 'Modul Hunt' pada hari pertama dan latihan praktikal pada hari kedua di mana peserta kursus  dilantik sebagai Fasilitator untuk mengendalikan sesi kaunseling secara berkelompok yang terdiri dari 12 orang klien dan melibatkan 17 sesi.