| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Motivasi Kepada Penghuni Dalam Penjara (Banduan India) Peringkat Penghuni Penjara Sungai Petani Bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

02 Februari 2020, Institusi Penjara Sungai Petani, Kedah telah menganjurkan Program Motivasi Kepada Penghuni dalam penjara dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). Majlis dimulakan dengan ucapan oleh PP Abd Zaini Bin Ibrahim Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani, disusuli dengan ucapan oleh Tuan Idris Bin Ismail (Pengerusi Penawar) dan En Pannir Selvam A/L S.Suppiah Pengerusi (MCPF) Daerah Kulim. Dalam program tersebut telah menjemput penceramah En Krishnasamy A/L Kolendai dari Pegawai Pembantu kewangan Negeri Pulau Pinang.Turut terlibat dalam program tersebut ialah NGO dari pelbagai peringkat , Kakitangan Unit Pemulihan dan Rawatan, pegawai lain-lain pangkat Penjara Sungai Petani, Kedah. Program ini melibatkan penyertaan penghuni India Penjara Sungai Petani.