| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pameran Sempena Hari Penjara Ke - 229 Di Maktab Penjara Malaysia

20 Mac 2019 (Rabu) – Muzium Penjara Malaysia Melaka telah mengadakan Pameran Sempena Hari Penjara Ke-229 yang dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Menteri Dalam Negeri pada 20 Mac 2019 bertempat di Maktab Penjara Malaysia Kajang Selangor. Terdapat pelbagai booth pameran disediakan kepada para pelawat diantaranya Pameran Tenun Di Raja Pahang, Pameran Parol, Pameran Bahagian Keselamatan IPPM, Pameran Muzium Penjara Malaysia, Pameran PDRM, Pameran Jabatan Pendaftaran Negara, Pameran Kem Pemasyarakatan Gemas dan lain-lain lagi. Tema Hari Penjara ke-229 pada tahun ini ialah Reformasi Penjara Masyarakat Sejahtera.