| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kembara Ilmu Kerja Sosial UniSZA Ke Penjara Dusun Dato’ Murad

28 Mac 2019 (Khamis) : Pusat Pengajian Kerja Sosial, Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Dusun Dato’ Murad. Lawatan yang bertemakan Program Kembara Ilmu Kerja Sosial : Mendampingi Yang Jauh, Menyayangi Yang Dekat tersebut telah disertai oleh seramai 89 orang pelajar dan seorang pengiring. Aturcara program dikendalikan oleh Tuan Haji Nor Azlan Bin Sarmudan selaku Pegawai Psikologi Penjara Dusun Dato’ Murad iaitu bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Objektif lawatan adalah untuk mempraktikkan ilmu kerja sosial bersama komuniti dan mewujudkan hubungan yang baik antara pelajar UnisZA dengan kakitangan serta agensi-agensi yang terlibat.