| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kursus Penyediaan Pes Asam Pedas Dan Pes Rendang Betawi Resepi Masakan KDYMM Tengku Ampuan Pahang Bersama Penghuni Wanita, Penjara Bentong, Pahang

Pada 25 April 2019 (Khamis) , Telah diadakan kursus memasak Pes  Asam Pedas dan Pes Rendang Betawi yang merupakan resepi  daripada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar  Alhaj. Kursus ini mendapat kerjasama penuh daripada Resorts World Genting yang diterajui oleh Chef Alex Vitalise dan empat pembantu chef.  Peserta dalam kursus ini adalah terdiri daripada penghuni wanita yang  diberi tunjuk ajar cara untuk membuat dan memasak Pes Asam Pedas dan Pes Rendang Betawi berdasarkan resepi masakan KDYMM Tengku Ampuan Pahang di dalam buku “Masakan Air Tangan Tengku Puan Pahang”.