| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Tahun Baru Hindu Bagi Penghuni Penjara Kajang 2019

Pada 27 April 2019 (Sabtu) dan 28 April 2019 (Ahad), Unit Program Pembangunan Insan (Lain-lain Agama) Penjara Kajang  telah mengadakan sembahyang khas sempena perayaan Tahun Baru Hindu Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2019 bersama Persatuan Hindu Sangam yang melibatkan penyertaan seramai 282 banduan dan 40 banduan akhir. Program tersebut telah berlangsung di dewan harmoni,  blok Abadi dan Bakti. Antara pengisian program ialah persembahan nyanyian lagu-lagu suci bersama banduan dan ceramah daripada wakil Presiden Hindu Sangam Malaysia. Program ini diserikan dengan kehadiran oleh PKK M. Basakaran a/l S. Muthiah (Timbalan Pengarah Penjara Kajang) dan PPP Rathakrishnan A/L Kanniah. Program ini bermatlamat memberi semangat dan harapan kepada penghuni beragama hindu agar menjadi manusia yang berguna apabila dibebaskan kelak.