| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Semarak Kasih Ramadhan kali ke 5 Peringkat Kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka

Pada 23 Mei 2019 (Khamis) Pusat Koreksional Jasin Melaka telah mengadakan Program Semarak Kasih Ramadhan kali ke 5. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu golongan asnaf dan fakir miskin di sekitar  Bemban dan Sempang Kerayong dalam Daerah Jasin, Melaka. Sasaran yang telah ditetapkan pada kali ini ialah sebanyak 30 buah keluarga asnaf dan fakir miskin. Program bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Diharap melalui program yang diadakan saban tahun ini akan dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk tempatan dengan kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Program ini turut disertai oleh Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PKP Noratimah binti Abu Bakar.