| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Jasin Tahun 1440H / 2019M

Pada 16 Mei 2019 (Khamis) bersamaan 11 Ramadhan 1440H, Unit Agama Islam, Seksyen Pemulihan Penjara telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Jasin. Program ini telah diadakan di Blok Damai Pusat Koreksional Jasin melibatkan seramai 246 penghuni. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran TPP Mahadi Bin Mustafa. Program ini bermula dengan tazkirah Ramadan ringkas daripada Ustaz Abdul Hakim Bin Jasmi, Unit Agama Pusat Koreksional Jasin. Majlis diakhiri dengan solat Maghrib secara berjemaah.