| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perhimpunan Dan Dialog Bulanan Mei 2019 Pusat Koreksional Labuan

Pada 23 Mei 2019 (Khamis) bertempat di Perkarangan Bilik Mesyuarat Pusat Koreksional Labuan telah berlangsung Majlis Perhimpunan dan Dialog Bulanan Pegawai dan Kakitangan bagi Bulan Mei 2019. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan. Antara pengisian majlis tersebut adalah acara penyampaian Sijil Kepujian Reben Hijau kepada Inspektor Penjara, Mohammadiah bin Bakti, Sijil Penghargaan kepada Tokoh Pekerja Bulanan bagi Bulan Mac iaitu Koperal Penjara, Arnold Justin dan Bulan April iaitu Sarjan Penjara, Sabaruddin bin Musa. Turut diadakan penyerahan Sumbangan Kuih Raya sempena perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Raya Aidilfitri kepada semua pegawai dan kakitangan Pusat Koreksional Labuan.