| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Peringkat Banduan Penjara Bentong Tahun 1440H/2019M Bersama YB Dun Ketari (Young Syefura)

ISNIN, 27 MEI 2019 : Unit Pemulihan Penjara Bentong (PPI) dengan kerjasama Unit Agama dan bantuan Unit Keselamatan Penjara Bentong (UKP) dan Unit Pembangunan Penjara Bentong serta Pegawai-pegawai Blok yang terlibat berjaya menyempurnakan Majlis Iftar Banduan bersama YB Dun Ketari.

Majlis ini diisi dengan program khatam al-quran, Penyerahan zakat, tadarus al-quran dan lain-lain. Majlis dihadiri oleh YH. TKP Dato Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain (Pengarah Penjara Bentong), PKK Mohamad Bin Ismail (Timbalan Pengarah Penjara Bentong), PP Sulan Bin Bachek (Penguasa Penjara Bentong), PP Marzuki Bin Ibrahim (Penguasa Penjara Bentong), TPP Mohamad Hasnor Bin Abd Hamid (Ketua Bahagian Pemulihan Penjara Bentong), En Zulhusni Bin Pungut (Pegawai Psikologi Penjara Bentong), dan lain-lain pegawai yang terlibat. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Young Syefura Binti Othman (ADUN Ketari).

Semoga dengan berakhirnya Majlis seperti ini dapat menyerap rasa keinsafan dan nilai-nilai murni dan memberi kesan untuk kehidupan yang lebih baik apabila bebas kelak.