| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Sambutan Aidilfitri Kakitangan Bersama Penghuni Penjara Kajang 2019

Pada 03 Julai 2019 (Rabu), Penjara Kajang telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kakitangan Bersama Penghuni Penjara Kajang yang melibatkan seramai 2,000 orang penghuni.  Program ini bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan telah dirasmikan oleh KP Abd. Kadir Bin Hj Rais (Pengarah Negeri Selangor Dan WP Kuala Lumpur). Turut hadir TKP Kausalya Devi A/P Sathoo (Seksyen Pemulihan Dan Pendidikan) dan PKK Lim Kim Mooi (Pengarah Penjara Wanita Kajang) bersama TKP Abdul Halim Bin Ma Hasan(Pengarah Penjara Kajang) dan PKK M. Basakaran A/L Muthiah. Pengisian program dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis jemputan iaitu Siso (Kopratasa) dan persembahan penghuni iaitu nasyid, dikir barat serta nyanyian diiringi band daripada penghuni RPD. Juadah istimewa raya juga turut dihidangkan kepada semua kakitangan dan penghuni.