| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Semarakkan Syawal Raikan Lebaran 2019 SHG Telok Mas,Melaka

Pada 28 Julai 2019, Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Kakitangan dan Keluarga Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka telah diadakan di Bangunan Pentadbiran Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh PKK Azman Bin Ali, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka. Pengisian majlis pada malam tersebut diceriakan dengan acara Cabutan Nombor Bertuah, Pertandingan Gerai Tercantik, Pasangan Pakaian Sedondon dan Sumbangan Duit Raya Kepada Anak-Anak Kakitangan Penjara.