| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Seremban Negeri Sembilan Tahun 2019

Pada 18 Jun 2019 (Selasa), Program Jalinan Kasih Aidilfitri Peringkat Penghuni telah diadakan di Dewan Wawasan Penjara Seremban. Program ini melibatkan seramai (17) orang penghuni beserta (81) orang ahli keluarga. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah Penjara Seremban PKP Muhammad Nazri Bin Nasrudin, Penguasa Penjara Mohd Kolek Bin Mohamad Nor dan lain-lain anggota dari Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Seremban. Majlis dimeriahkan dengan pemberian duit raya oleh Pengarah Penjara Seremban kepada anak-anak penghuni, persembahan nyanyian dari Penyanyi Jemputan dan Busking dari Penghuni Penjara Seremban Majlis telah bermula pada jam 0830 dan berakhir pada jam 1200 Tengahari. Objektif program ini bertujuan memberi peluang kepada penghuni untuk meraikan Aidilfitri disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan.