| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Pesta Kaamatan Dan Hari Raya Aidilfitri Penjara Pusat Kota Kinabalu 2019

Pada 21hb Jun 2019 (Jumaat) – Bertempat di Dewan Mini Penjara Pusat Kota Kinabalu, Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu dengan kerjasama Unit Kebajikan Penjara, Unit Psikologi dan Pejabat Rekod telah mengadakan program Jalinan Kasih sempena Pesta Kaamatan dan Hari Raya Aidilfitri. Seramai 23 orang banduan terpilih menyertai program tersebut yang turut dihadiri oleh 115 orang ahli keluarga terdiri daripada ibu, bapa dan kanak-kanak penghuni. Program telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Katherine Lee Mei Oi bersama 05 Hakim Pelawat serta para jemputan dari Prison Fellowship dan Persatuan Buddha, En. Cyril G. Liew, Pemimpin Kemajuan Masyarakat N19 Kepayan Wakil dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Jabatan Ketua Menteri, PKK Zulkifli Bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu Pegawai-Pegawai Kanan, Guru Guru SIKK dan anggota lain-lain pangkat. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni menjalinkan hubungan kekeluargaan dan menyedarkan penghuni serta memberi peluang kepada mereka merasai kemeriahan sambutan perayaan bersama keluarga tersayang.