| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kontinjen Penjara Limbang Naib Johan sempena Pertandingan Perbarisan dan Pertandingan Tarik Kalat (Tali) Sempena Sambutan Hari Sarawak Peringkat Daerah Limbang 2019

Pada 27 Julai 2019 (Sabtu), Pejabat Residen Bahagian Limbang telah mengadakan Sambutan Hari Sarawak Peringkat Daerah Limbang 2019 bertempat di Kompleks Sukan Limbang. Kontinjen Penjara Limbang telah memenangi Tempat Kedua dalam Pertandingan Perbarisan Badan Beruniform. Hadiah disampaikan oleh Tetamu Kehormat, Menteri Muda Pertanian Sarawak Yang Berhormat Dr Abdul Rahman Ismail. Turut hadir ADUN Batu Danau Yang Berhormat Paulus Palu Gumbang. Selesai perbarisan, telah diadakan pertandingan tarik kalat (tali) dan Penjara Limbang telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan berkenaan.