| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Jalinan Sistem Keadilan Jenayah Antara SHG Telok Mas, Melaka dan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)

Pada 18 Julai 2019 (Khamis) seramai 35 orang peserta Kursus Komprehensif Undang-Undang Berkaitan Kanak-Kanak di Malaysia dari Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP) Bangi telah membuat lawatan ke SHG Telok Mas Melaka. Kehadiran peserta yang diketuai oleh Encik Ahmad Sanusi Bin Haji Yahaya, Ketua Penolong Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP). Lawatan ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dalam meningkatkan pengetahuan para peserta mengenai peranan serta fungsi SHG Telok Mas sebagai Institusi Koreksional Juvana dari aspek Keselamatan,layanan dan pemulihan berdasarkan undang-undang dan standard piawaian antarabangsa berkaitan pengurusan kanak-kanak dibawah Akta 611. Taklimat disampaikan oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka.