| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Tazkirah Agama "Lambaian Kaabah" Peringkat Kakitangan Penjara Pusat Sibu

Pada 22 Ogos 2019 (Khamis) telah berlangsung tazkirah agama di Surau Darul Ibadah, Kuarters Penjara Pusat Sibu. Tazkirah telah disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Haji Wan Nazarul bin Wan Abdul Latip, pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Sibu dengan tajuk "Lambaian Kaabah". Tazkirah agama bermula selepas solat Maghrib. Antara pegawai yang hadir ialah PP Tajudin bin Tungal, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Sibu, TPP Triyo Kurniawan bin Kusmadi merangkap Pengerusi Surau Darul Ibadah serta pegawai-pegawai dan ahli keluarga. Pada akhir majlis, penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan oleh Timbalan Pengarah Penjara Pusat Sibu PP Tajudin bin Tungal.