| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kumpulan Walid Penjara Dusun Dato’ Murad Menyertai Innovation Pitch And Business Matching (IPBM) 2019

5 Ogos 2019 (Isnin): Bertempat di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Sentral Kuala Lumpur, Kumpulan Walid Penjara Dusun Dato’ Murad telah menyertai Innovation Pitch and Business Matching (IPBM) 2019 dan menjadi Johan dalam kategori Food Technology dan Agriculture Technology melalui produk Wreenfish. Kumpulan Walid yang mendapat jemputan khas daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk KPI Malaysian Comercial Year (MCY) telah bersaing dengan 226 pasukan inovasi daripada seluruh universiti di Malaysia, agensi kerajaan dan swasta telah membuat persembahan dalam masa 7 minit bagi menarik perhatian para pelabur industri terhadap inovasi baru. Hadiah disampaikan oleh YBhg Dato’ Norhalim Bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

Program yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) ini sebagai inisiatif bagi menyediakan platform kepada teknoprenur mempromosikan hasil penyelidikan dan pembangunan kepada pelabur-pelabur dan industri yang berpotensi. Dalam program ini, Penjara Dusun Dato Murad melalui Kumpulan Walid telah  diiktiraf sebagai Pusat Penyelidikan Inovasi yang mampu bersaing dengan pusat-pusat penyelidikan yang lain. Pencapaian ini adalah satu usaha dalam mengapai Visi Jabatan sebagai Peneraju Perkhidmatan Korektif.