| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Khas Daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Dan MCPF Melaka

29 Ogos 2019 (Khamis) – Muzium Penjara Malaysia telah menerima kunjungan lawatan seramai 40 orang daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Lawatan ini diketuai oleh puan Faridah binti Yang Razali Timbalan Pengarah Pengurusan Hal Ehwal Murid Bahagian Pengurusan Sekolah Harian bersama YBhg. Datuk Jason Yee Timbalan Pengerusi II Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF MELAKA) manakala wakil daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia diwakili oleh En. Azhan bin Anuar Ketua Sektor Pendidikan Bahagian Pengurusan Banduan. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat Program Simulasi Di Dalam Penjara yang dijalankan di Muzium Penjara Malaysia. Ahli rombongan telah diberikan taklimat awal oleh PP Mohd Saifullah bin Md. Akhir Pengarah Muzium Penjara Malaysia diikuti lawatan berpandu oleh pegawai dan anggota Muzium Penjara Malaysia Melaka. Lawatan yang bermula jam 10.00 pagi berakhir pada jam 12:30 tengahari.