| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Karnival Sukaneka Merdeka 2019 Anjuran Persiap Penjara Sungai Udang, Melaka

Pada 14 September 2019 telah berlangsung Program Karnival Sukaneka Merdeka Anjuran PERSIAP Penjara Sungai Udang, Melaka. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Dalillah binti Awaludin (Isteri Ketua Menteri Melaka). Turut hadir En. Lokman bin Abdul Ghani (Penyelaras Dun Sungai Udang), Pengerusi-Pengerusi  PERSIAP Negeri Melaka dan Ahli Jawatankuasa HARWANIS. Objektif program ini adalah bagi mengeratkan lagi silaturrahim anak-anak dan isteri kakitangan. Turut diadakan aktiviti kibar jalur gemilang oleh anak-anak bagi meningkatkan semangat kemerdekaan.