| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program “Go Green For Community” Ke Arah Kelestarian Alam Sempena Pembersihan Sedunia Tahun 2019

27 September 2019 ( Jumaat ) bertempat di Pantai Lok Kawi Papar Sabah , Unit Latihan dan AKRAB telah mengadakan Program “Go Green Community” Ke Arah Kelestarian Alam Sempena Pembersihan Sedunia tahun 2019.

Program ini merupakan satu program bagi memupuk rasa tanggungjawab dalam memulihara alam sekitar kepada semua kakitangan Penjara Wanita khasnya dan masyarakat amnya demi kesejahteraan hidup bersama.

Program ini telah berlangsung seawal  jam 0630 pagi dengan kerjasama daripada kakitangan PAROL Pantai Barat. Seramai 60 orang kakitangan program  termasuk ODP dan Majlis Daerah Papar.

Program ini mendapat sokongan padu daripada Pengarah Penjara wanita Kota Kinabalu PKP Norneelah Binti Shukor yang turut hadir bagi menjayakan program tersebut.

Program ini selesai pada jam 1130 pagi dengan hasil kutipan sampah seberat 1,219 KG keseluruhanya.  Semoga dengan adanya Program tersebut akan dapat mengekalkan tahap kebersihan dari masa kesemasa. “ Anyone can be a trash Hero “