| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pintar SPM Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney 2019

Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menerima tanggungjawab sebagai pengelola bagi Program PINTAR SPM Sekolah Integriti Dan Sekolah Henry Gurney pada 24 hingga 26 September 2019. Program ini melibatkan seramai 125 orang calon SPM Sekolah Integriti dan SHG dari seluruh Semenanjung serta penglibatan penyelia dan guru-guru mata pelajaran termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program ini telah dirasmikan oleh TKP Dr. Kausalya Devi a/p Sathoo, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Seksyen Pemulihan & Rawatan) Jabatan Penjara Malaysia. Turut hadir ialah Datuk Sabrina Albakri binti Abu Bakar, Ketua Pegawai Koporat Kumpulan Sapura & Sapura Secured Technologies, Puan Hajjah Salina binti Baharom, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia, TKP Noor Aziz bin Muhammad Nor, Pengarah Penjara Sungai Udang serta En. Azhan bin Anuar, Ketua Sektor Pendidikan IPPM. Objektif program ini adalah bagi memastikan calon-calon SPM mendapat pendedahan teknik-teknik menjawab peperiksaan secara berkesan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah serta mendapat suntikan motivasi daripada penceramah jemputan. Pada dalam majlis yang sama pihak Sapura Secured Technologies telah menyumbang RM 10,000.00 bagi menaik taraf Bengkel Kimpalan.