| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Simulasi Di Dalam Penjara Bagi Bulan September 2019

26 September 2018 – Pada bulan September terdapat 10 buah sekolah telah menyertai Program Simulasi Di Dalam Penjara melibatkan pelajar seramai 400 orang pelajar sekolah menengah dan rendah daripada dalam Negeri Melaka dan luar Negeri Melaka. Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Taman Seraya Kuala Lumpur, SK Setia Alam Shah Alam, AADK Rembau Negeri Sembilan, Kolej Vokasional Sepang, SMK Tunku Putra, Kolej Uniti Port Dickson dan SJK (T) Kubu Melaka.

Di dalam program ini, para pelajar didedahkan dan disimulasikan sebagai seorang banduan di dalam penjara, taklimat sebatan rotan, taklimat pelaksanaan hukuman mati, dan mesej dari penjara. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengurangkan kadar jenayah di kalangan para pelajar, memberikan pendedahan awal tentang hukuman supaya para pelajar tidak melakukan jenayah dan mengukuhkan peranan muzium sebagai sebuah institusi pendidikan tidak formal.