| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Keluarga & Hari Sukan Negara Peringkat Penjara Pusat Miri Tahun 2019

Pada 20 Oktober 2019 (Ahad) telah diadakan Sambutan Hari Keluarga Penjara Pusat Miri bertempat di Piasau Boat Club, Miri. Seramai 160 orang kakitangan Divisyen A serta ahli keluarga mengikuti program ini. Bagi kakitangan Divisyen B pula telah diadakan pada 27 Oktober 2019 (Ahad) sekali dengan program Hari Sukan Negara yang telah melibatkan seramai 260 orang kakitangan serta keluarga. Kedua-dua program ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Penjara Pusat Miri, PKP Mohd Yunos Bin Mohd Salleh serta keluarga. Aktiviti dijalankan secara santai dengan pelbagai aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak dan juga anggota serta kakitangan. Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang dengan acara zumbathon, cabutan bertuah, majlis penyampaian hadiah kepada kanak-kanak dan anggota serta kakitangan yang terlibat dengan sukaneka.