| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Penjara Seremban 2019

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Penjara Seremban telah diadakan pada 20.11.2019 (Rabu) bersamaan 23 Rabiul Awal 1441 Hijrah bertempat di Surau Al-Ikhlas (Surau Penghuni), Penjara Seremban. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada penghuni tentang keutamaan menghayati hari kebesaran Islam dan mengenali dengan lebih dekat sirah Rasulullah SAW serta merapatkan hubungan silaturrahim sesama penghuni dan kakitangan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran TPP Mohd Nazeff bin Mohamad Mazelan, Ketua Bahagian Keselamatan dan Inteligen mewakili Pengarah Penjara Seremban dan pegawai-pegawai kanan serta anggota Penjara Seremban. Pengisian majlis adalah perarakan maulidur rasul dan selawat yang dipimpin oleh Unit Agama Penjara Seremban. Manakala tazkirah pula disampaikan oleh Ustaz Mohd Ihsan bin Mohamad Daud daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Negeri Sembilan. Turut disampaikan juga adalah Tokoh Maulidur Rasul Penghuni Penjara Seremban kepada penghuni yang telah menunjukkan disiplin yang tinggi dan memiliki sifat kepimpinan.