| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Khatan Perdana 2019 Anjuran Masjid Kompleks Penjara Bentong

Pada 23 November 2019, telah diadakan program Khatan Perdana bagi tahun 2019 yang dianjurkan oleh Masjid Kompleks Penjara Bentong dengan kerjasama Hospital Kuala Lumpur dan Balai Bomba Karak. Seramai 12 orang peserta terlibat dalam program ini yang terdiri daripada anak-anak kakitangan Penjara Bentong dan penduduk felda mempaga 2. Program ini dimeriahkan lagi dengan persembahan kompang dan Silat yang dijemput khas daripada Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia KRT Lebu. Program ini telah dirasmikan oleh PKK Mohamad Bin Ismail, Timbalan Pengarah Penjara Bentong.