| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Penjara Marang, Terengganu Tahun 2019

22 November 2019 (Jumaat), seramai (6) orang banduan telah terpilih untuk mengikuti Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) yang telah diadakan di Bilik Gerakan, Penjara Marang Terengganu. Sesi pelepasan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Negeri Terengganu, TKP Ahmad Saidi bin Hamzah.

Pelepasan Banduan Secara Lesen ini boleh diberikan kepada banduan yang telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan ianya merupakan satu keistimewaan yang diberikan oleh pihak penjara dalam usaha memberi pemulihan kepada banduan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan, mencari peluang pekerjaan, perancangan masa depan dan sebagai persediaan awal apabila mereka dibebaskan kelak.

Kebanyakkan banduan yang terpilih ini dinilai berdasarkan kepada kemajuan diri dalam setiap aktiviti pemulihan yang dijalankan didalam penjara.
  
Tempoh pelepasan ini adalah selama tujuh (7) hari ataupun seminggu daripada tarikh ia dilepaskan dan dikehendaki melaporkan diri semula di penjara dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Sepanjang tempoh ini, banduan yang dilepaskan akan dipantau sepenuhnya oleh pihak Parol mengikut daerah masing-masing.