| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1441H, Peringkat Penghuni Penjara Taiping

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1441H, Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Khamis, 14 November 2019 bersamaan 17 Rabiul Awal 1441H. Antara pengisian program ialah perarakan bersepanduk kontinjen penghuni mengikut blok masing-masing yang diiringi Alunan Selawat kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Turut diadakan persembahan nasyid oleh Kumpulan Nasyid Penghuni. Seterusnya, ucapan aluan oleh Yang Dihormati, Penguasa Penjara, Abdul Rahman bin Hasan, Timbalan Pengarah, Penjara Taiping yang mewakili Tuan Pengarah Penjara Taiping dan ucapan oleh Tuan Haji Mohd Gunawan bin Che Ab Aziz, Penasihat Yayasan Muallaf Malaysia. Sambutan diteruskan dengan Sesi Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Yang Berbahagia, Sahibul Fadhilah Ustaz Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Turut hadir bersama majlis ialah Puan Nabila Shila Lama Abdullah, Pengerusi Yayasan Muallaf Malaysia dan pegawai.

Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penjara Taiping kepada tetamu yang hadir. Seramai 300 orang banduan terlibat dalam program ini.