| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Perasmian Persijilan Logistik Mitra Kelolaan Pejabat Perdana Menteri Anjuran Kolej Antarabangsa Putra Intelek

Pada 18 Disember 2019, bertempat di Pejabat Pelan Pembangunan Insan (PPI) Penjara Sungai Udang telah diadakan Majlis Perasmian Program Persijilan Logistik MITRA kelolaan Pejabat Perdana Menteri anjuran Kolej Antarabangsa Putra Intelek. Program telah dirasmikan oleh Komisioner Penjara Datuk Abdul Aziz bin Mohamad (Pengarah Penjara Negeri Melaka). Turut hadir, PKK Faridon bin Md Saad (Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang), En. Prakasrao Apparau (Pengarah Pembangunan Siswazah, Projek Khas dan Perhubungan Kerajaan & Ahli Lembaga Majlis Kaunseling Kebangsaan PIIC) dan TPP Sazeli bin Mohd Noor (Pegawai Pemulihan). Seramai 45 orang banduan telah terpilih untuk mengikuti program ini dan akan diselia oleh Pegawai PPI.