| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Johor Bahru

Pada 10.12.2019 (Selasa) Bahagian Pemulihan Pusat Koreksional Johor Bahru telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Johor Bahru bertempat di Surau Ar-Raudhah (penghuni). Program ini diadakan untuk menghayati dan mempelajari cara hidup Nabi Muhammad S.A.W. Seramai 100 orang penghuni telah mengikuti program tersebut. Aturcara dimulakan pada jam 09.40 pagi dengan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul bersama PKP Kalbin bin Mohd Said Pengarah Pusat Koreksional Johor Bahru, PP Shahrom bin Mohamed Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Johor Bahru, Pegawai-Pegawai Kanan dan dif jemputan diiringi paluan kompang oleh Penghuni Pusat Koreksional Johor Bahru. Ceramah Maulidurrasul telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan iaitu Alfadhil Ustaz Zulfekri Bin Abdullah (Imam Daerah Kulai). Aturcara majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan makan tengah hari.