Matomo

Bengkel Pengurusan Stres “Mengurus Stres Secara Berkesan Dalam Persekitaran Kerja Bertekanan” Siri 1 Tahun 2026

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bengkel Pengurusan Stres “Mengurus Stres Secara Berkesan Dalam Persekitaran Kerja Bertekanan” Siri 1 Tahun 2026

Pada 29 Januari 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Pusat Miri dengan kerjasama AKRAB Penjara Pusat Miri telah mengadakan Bengkel Pengurusan Stres “Mengurus Stres Secara Berkesan Dalam Persekitaran Kerja Bertekanan” Siri 1 Tahun 2025 pada 29 Januari 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Pusat Miri. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman kakitangan mengenai stres dalam persekitaran kerja berisiko tinggi seperti institusi penjara, meliputi punca, kesan serta kaedah pengurusan stres yang berkesan.

Seramai 25 orang pegawai dan kakitangan Penjara Pusat Miri telah terlibat dengan pengisian disampaikan oleh Pn. Norlina, Pegawai Psikologi bersama dua orang fasilitator daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri. Antara aktiviti utama bengkel ialah pengisian ceramah, latihan pengurusan stres serta pelaksanaan ujian psikologi Copenhagen Burnout Inventory (CBI) bagi mengenal pasti tahap burnout dalam kalangan peserta. Bengkel ini turut merangkumi latihan teknik pernafasan, relaksasi, pengurusan emosi, pembinaan daya tahan psikologi serta penekanan terhadap sokongan rakan sekerja dan peranan AKRAB. Sebagai nilai tambah, aktiviti Clay Therapy turut dilaksanakan bagi membantu peserta mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan emosi. Sebagai tanda penghargaan, penyampaian cenderahati kepada penceramah dan fasilitator telah disempurnakan oleh TPP Zur Aida Binti Zulkaffeli, Ketua Bahagian Korektif Penjara Pusat Miri.

Adalah diharapkan penganjuran bengkel ini dapat menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan psikologi kakitangan serta menyokong persekitaran kerja yang lebih sihat dan produktif.