Pada 12 Februari 2026 (Khamis), Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA telah mengadakan kunjungan hormat ke Mahkamah Bintulu. Kunjungan ini merupakan wadah untuk membincangkan pelbagai isu antara dua hala dalam melancarkan urusan kerja di samping dapat mengeratkan hubungan. Antara topik utama perbincangan ialah pelaksanaan Perintah Kehadiran Wajib (PKW), memberi pemahaman mengenai program Parol dan PBSL, penyaluran dan perkongsian maklumat penting dalam melancarkan proses perbicaraan serta penyelesaian untuk lain-lain isu. Turut hadir ialah TPP Muhammad Syahiran bin Che Noh, KIP Joesauvace Impin Jeluing dan KIP Mohamad Badeli bin Weini, Penolong Pegawai Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Bintulu. Kunjungan berakhir pada jam 4.30 petang.










