Ceramah Nuzul Al-Quran 1447H Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Khamis, 05 Mac 2026 bersamaan 15 Ramadan 1447H di Dewan Ngah Ibrahim, Penjara Taiping. Ceramah Nuzul Al-Quran telah disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Izzat Syafiq bin Mohammed Tarmizi, Ketua Unit Istibat dan Penerangan, Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak. Penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh TPP Teuku Mohd Hasbi bin Tarmizi, Ketua Bahagian Pemulihan, Penjara Taiping yang mewakili Tuan Pengarah Penjara Taiping. Majlis ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 tengahari dan disertai oleh 300 orang penghuni.










