Pada 03 Mac 2026 (Selasa), telah berlangsung program Outreach sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Persatuan Geha Bodhi telah menyumbangkan makanan untuk meraikan ODS yang menyambut perayaan tersebut. Program ini telah diadakan di Tempat Jumpa Luar Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin). Seramai 11 Orang Diselia (ODS) telah hadir dalam majlis tersebut. Turut hadir ialah PP Mohd Rehan bin Khamis,Timbalan Pengarah PK Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, TPP Rafizi bin Ramli anggota pemulihan dan keselamatan PK Jasin. Persatuan Geha Bodhi diwakili oleh Encik Lam Kai Cheong dan bersama 4 ahli persatuan tersebut. Penyelaras program ialah KIP Mohd Rizuan bin Osman. Pengurusan PK Jasin merakamkan penghargaan kepada Persatuan Geha Bodhi dan semua warga PK Jasin yang menjayakan program ini demi memperkasakan program pemulihan.










