Matomo

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni - Majlis Iftar Ramadan Peringkat Prospek Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA Tahun 2026

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni - Majlis Iftar Ramadan Peringkat Prospek Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA Tahun 2026

Pada 11 Mac 2026 (Rabu) telah diadakan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni - Iftar Ramadan peringkat prospek bertempat di Surau Al-Amin, Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Majlis yang bermula pada jam 5.30 petang ini dimulakan dengan ceramah khas Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Yusuf bin Wan Mumin, Pegawai Agama institusi, disusuli dengan khatam Al-Quran, ucapan Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA, PKP Zakaria bin Mat Jusoh, penyampaian saguhati kepada peserta khatam Al-Quran, diikuti berbuka puasa dan solat magrib berjemaah. Seramai 80 prospek telah terlibat yang turut dimeriahkan dengan kehadiran 20 orang pegawai dan anggota. Majlis berakhir pada jam 7.30 malam.