Tausiyah Ihya’ Ramadan 1447H Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Isnin, 16 Mac 2026 bersamaan 26 Ramadan 1447H. Antara pengisian program ialah ceramah berkaitan Memburu Malam Lailatul Qadar dan Kelebihan Bulan Ramadan yang disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairul Amin bin Ahmad Ghazali, Guru Takmir, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Program ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Seramai 100 orang penghuni terlibat dalam program ini.










