Matomo

Majlis Khatam Al-Quran 1447H Peringkat Penghuni Penjara Taiping

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Khatam Al-Quran 1447H Peringkat Penghuni Penjara Taiping

Majlis Khatam Al-Quran 1447H Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Khamis, 12 Mac 2026 bersamaan 22 Ramadan 1447H di Surau Al-Hidayah, Penjara Taiping. Majlis ini diadakan bertujuan meraikan penghuni-penghuni yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran dalam Program Tadarus Al-Quran Ramadan 1447H. Majlis dimulakan dengan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran dan diakhiri Doa Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Raqib bin Mohd Yusop. Majlis ini dihadiri oleh TPP Teuku Mohd Hasbi bin Tarmizi, Ketua Bahagian Pemulihan Penjara Taiping. Beliau turut menyampaikan Sijil Khatam Al-Quran dan hadiah kepada para peserta tadarus. Majlis ini bermula jam 3.00 petang dan berakhir sekitar jam 4.15 petang dan disertai oleh 100 orang penghuni.