Matomo

Program Walkabout Dan Kempen Promosi Nanas Oleh Pejabat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Di Pusat Koreksional Jasin Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Walkabout Dan Kempen Promosi Nanas Oleh Pejabat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Di Pusat Koreksional Jasin Melaka

Pada 18 April 2026 (Sabtu), telah diadakan Program Walkabout dan Kempen Promosi Nanas oleh Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bertempat di Pusat Pengumpulan Ladang Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin). Program ini dirasmikan oleh YBrs. Encik Yuhaizad bin Abdullah, Setiausaha Politik Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Program turut dihadiri oleh Ketua Pengarah LPNM YBrs. Encik Mohd Khairuzamri bin M.Salleh, TKP Rosman bin Norman @ Normin Pengarah Penjara Negeri Melaka, PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin , Encik Ary Putra bin Tajuddin Pengarah LPNM Melaka/N.Sembilan, PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah PK Jasin, pegawai, anggota, kakitangan dari PK Jasin, kakitangan LPNM dan kakitangan dari agensi yang terlibat. Program dimulai dgn kursus pengendalian mesin dan penghasilan Silaj Nanas yang yang melibatkan keseluruhan seramai 30 perserta. Peserta terdiri daripada 4 orang pegawai penjara. 18 orang usahawan nanas dan 8 Orang Diselia (ODS). Sesi seterusnya Program walkabout diadakan di ladang nanas PK Jasin dan agihan buah nanas kepada masyarakat setempat yg melalui jalan utama. Pada sesi penutupan, PK Jasin telah menerima 1 unit mesin mengestrak dari daun nanas. Mesin disumbangkan oleh Dr. Mohd Khairil Ambia Chi Adam, Pengarah Kanan Fakulti Teknologi dan Kejuteraan Mekanikal Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM). Anggota penyelaras program ini ialah KIP Abdul Haiyy bin Md. Ghaus dan SJN Zupkawerussapdanur bin Safee dari Unit Vokasional Industri PK Jasin. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada KPKM, LPNM, UTEM dan seluruh warga kerja PK Jasin yang menjayakan program yang sungguh bermakna ini.