Pada 11 hingga 15 Mei 2026 telah diadakan Kursus Transformasi Pasukan Cemerlang Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA melibatkan 75 orang kakitangan. Kursus ini merupakan anjuran kerjasama antara Unit Latihan Institusi (ULIN), AKRAB, Unit Agama dan Unit Psikologi. Objektif penganjuran kursus ini ialah untuk memantapkan semangat, keyakinan dan kerjasama dalam berpasukan, memberi pendedahan mengenai kesihatan mental dan pengurusan emosi serta pembentukan sahsiah diri yang positif dalam kalangan kakitangan. Antara pengisian kursus ialah aktiviti jasmani, membina taman kumpulan, perkongsian interaktif kesihatan mental dan terapi melalui aktiviti seni. Diharap kusrsus ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi melahirkan kakitangan yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi sekaligus meningkatkan mutu perkhidmatan.










