Matomo

Panduan Lawatan Berkumpulan Ke Institusi Penjara

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Panduan Lawatan Berkumpulan Ke Institusi Penjara

Jabatan Penjara membenarkan lawatan berkumpulan ke institusi penjara adalah bertujuan untuk:

1. Memberi pendedahan tentang sistem pemulihan, pemasyarakatan dan keselamatan.
2. Meningkatkan kesedaran awam mengenai peranan Jabatan Penjara Malaysia.
3. Membentuk kefahaman tentang kepentingan peluang kedua bagi banduan dan bekas banduan.
4. Menggalakkan kerjasama antara penjara dengan masyarakat, institusi pendidikan, NGO dan agensi kerajaan.

Kebenaran lawatan ini boleh dipertimbangkan kepada organisasi berikut :

1. Agensi Kerajaan Negeri atau Persekutuan
2. Badan Berkanun / Agensi Keselamatan / Penguatkuasaan
3. Institusi Pendidikan

Bagi institusi pendidikan (sekolah, kolej, universiti) disyorkan untuk membuat lawatan ke Muzium Penjara, Melaka sebagai medium pendidikan, sejarah dan kesedaran awam, memandangkan lawatan ke dalam kawasan penjara adalah terhad atas faktor keselamatan.


4. Organisasi lain yang mendapat kelulusan khas daripada Jabatan Penjara Malaysia.

Permohonan Lawatan
1. Permohonan rasmi perlu dibuat dan dihantar kepada:

Pengarah Kanan
Bahagian Dasar Kepenjaraan
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang - Semenyih Bypass
43000 Kajang
SELANGOR.

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No. Telefon : 03 8732 8000

1. Surat permohonan hendaklah dihantar sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh lawatan. (Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum - lawatan tidak dibenarkan).

2. Permohonan perlu menyatakan :

Nama organisasi/agensi/institusi
Tujuan lawatan
Cadangan tarikh dan masa
Jumlah peserta beserta senarai nama dan nombor kad pengenalan.

Syarat Umum Lawatan

1. Kelulusan - Hanya kumpulan yang mendapat kelulusan bertulis dibenarkan membuat lawatan.

2. Jumlah Peserta - Bilangan peserta (tidak melebihi 30 orang) akan ditentukan oleh pihak penjara bergantung kepada kapasiti keselamatan.

3. Pakaian - Peserta diwajibkan berpakaian kemas dan sopan.

4. Larangan - Telefon bimbit, kamera, komputer riba, rakaman video/suara, senjata, rokok, pemetik api, makanan/minuman dari luar adalah dilarang.

5. Keselamatan - Semua peserta perlu mematuhi arahan pegawai penjara sepanjang lawatan.

Sekiranya jamuan disediakan untuk pelawat, maka segala kos penyediaan ini hendaklah ditanggung oleh pelawat. (Perbincangan boleh dibuat terlebih dahulu dengan institusi penjara berkenaan)

Pematuhan terhadap panduan ini adalah penting bagi menjaga imej organisasi serta memastikan keselamatan semua pihak. Pihak penjara berhak membatalkan atau menamatkan lawatan serta merta jika terdapat pelanggaran syarat.