Matomo

Penjara Bentong

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penjara Bentong

Kompleks Penjara Bentong, Mempaga, 28600 Karak, Bentong, PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : 09 - 221 0111 | Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

• Penjara Bentong Pahang dibina diatas Lot PT 15878 Mukim Sabai dalam Daerah Bentong Pahang dengan keluasan 54.97 hektar (135.84 ekar) yang terletak di gugusan Felda Mempaga.
• Kos pembinaan keseluruhan projek adalah sebanyak RM 238 juta. Projek ini dimulakan pada 31 Mei 2005 dan siap pada 31 Julai 2008. Diwartakan sebagai Penjara Bentong berkuatkuasa sah pada 1 Jun 2008 melalui surat [ KDN.S.171/1355 Klt. 6:PN(PU)163/VIII ] bertarikh 12 Mei 2008.
• Penjara Bentong ditadbir oleh Pengarah Penjara berpangkat Timbalan Komisioner Penjara Gred KA14 dengan jumlah kakitangan seramai 555 yang terdiri daripada pelbagai peringkat perjawatan.
• Penjara Bentong merupakan kategori maksimum dengan menempatkan banduan reman dan sabitan lelaki serta wanita dengan kapasiti 3200 orang banduan dan dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu yang melibatkan kawalan kawalan CCTV, pagar keselamatan dan juga kunci.


Kapasiti Penghuni Penjara Bentong : 3200

Kedudukan Perjawatan :
Uniform : Perjawatan 594 Pengisian 517
Awam : Perjawatan 51 Pengisian 50

-Pengurusan Penghuni /Pemulihan
• FASA 1 ORIENTASI (2 Bulan) Modul Pendidikan dan Bimbingan (umum) Modul Pendidikan dan Bimbingan (Residivis)
• FASA 2 PENGUKUHAN SAHSIAH (6 Bulan) Prospek Berulang akan mengikuti Modul Halaqah
Prospek Berulang (bukan beragama islam dan penagih dadah akan mengikuti TC
Prospek Kesalahan Keselamatan akan mengikuti Modul Terapi Keluarga
Banduan Tegar akan mengikuti Modul tegar
• FASA 3 KEMAHIRAN Pelaksanaan Program Kemahiran, Kemahiran bersijil (SLDN, SKM)
Kemahiran Tidak Bersijil (warganegara Asing)
• FASA 4 REINTEGRASI Modul Pra Bebas (BKLP) – Prospek yang diluluskan mengikuti kemahiran luar batasan penjara tidak melebihi 25 KM.
Modul Pemulihan Orang Diparol (ODP)

• Program Tafaqquh Fiddin dengan kerjasama Majlis Agama Islam Pahang (MUIP) dan program anjuran institusi seperti kelas agama (Feqah, Tauhid, Tasawuf & Al-Quran dan Tafsir)
• Bengkel Kemahiran yang terlibat dengan program Persijilan SLDN ialah : Kimpalan, Tenun Pahang Diraja, Jahit, Pembuatan Perabot (Kayu/Simenfero), Pastry