| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Penjara Limbang

455,460,461 Blok 16 Pandaruan L.D, 98700 Limbang, SARAWAK
Tel : 085-211066 / 211068 | Fax : 085-211060 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Merupakan penjara alaf baru bagi Negeri Sarawak. Perlaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (2001 � 2005) menelan belanja RM84 juta.

Tapak penjara terletak di Lot 455, 460, 461 Blok 16 Pandaruan L.D dengan keluasan keseluruhan 20.2631 hektar / 50.0694 ekar, MP5/60-1 D21-3-3 Block 16 Pandaruan L.D. Ciri-ciri binaan seperti berikut:


a. Bangunan

i. Rekabentuk bangunan berdasarkan konsep pembetulan dan pemulihan penjenayah.
ii. Terdapat 10 blok kediaman kakitangan, 12 blok bangunan sokongan di Fasa 1 dan 18 blok bangunan dalam kawasan penjara Fasa 2.
iii. 7 blok penempatan banduan merangkumi 316 banduan dan 83 banduanita.

b. Keselamatan

i. Secara amnya, sistem keselamatan di penjara ini adalah di tahap sederhana.
ii. Pengurusan aspek keselamatan di kawal secara pusat dari Bilik Kawalan Keselamatan manakala setiap bangunan dikawal melalui Bilik Pengawal Tempatan.
iii. Setiap bangunan dipasang Stesen Interkom, Butang Kecemasan, Sistem PA dan kamera CCTV.
iv. Alat-alat seperti Pengesan Besi, Interkom untuk Pelawat Luar dilengkapi dengan sistem rakaman dan sistem Walkie Talkie dipasang untuk fungsi dan operaisi spesifik.
v. Sistem Kekunci yang digunakan adalah secara manual kecuali untuk Automatic Sliding Gate.

Perwartaan diisytiharkan dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil.49 No.5 10 Mac 2005 P.U.(B) 91. Seksyen 3 Akta Penjara 1995 (Akta 537) berkuatkuasa 15 Mac 2005 (KKDN.S 171/1355/Klt. 5; PN(PU2) 163/VI). Nama Kompleks Penjara Baru Limbang ditukar kepada Jabatan Penjara Malaysia Limbang.

Memulakan operasi secara rasmi pada tanggal 12 Disember 2005.