| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pusat Koreksional Bintulu

Peti Surat 807,Pejabat Pos Bintulu,97008 Bintulu, Sarawak
Tel: 086-313417 | Faks : 086-330684 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pusat Koreksional Bintulu Sarawak mula di bina pada 12 Mac 2009 di Daerah Bintulu beralamat batu 11 Jalan Lama Bintulu Miri 97000 Bintulu, Sarawak dan dibina di atas Lot PT 269, Block 27, Kemena Land District Bintulu, di atas tanah keluasan 46.108 ekar(18.66 hektar) dengan kos anggaran pembinaan keseluruhan projek berjumlah RM 98 juta.

Mula diserah kepada Jabatan Penjara Malaysia pada 14 Mei 2013. Pusat Koreksional Bitnulu, Sarawak telah diwartakan sebagai penjara mulai 01 Julai 2013 oleh Menteri Dalam Negeri yang ditandatangan oleh Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi bertarikh 24 Jun 2013. Bermula pada tarikh 02 April 2014 pula, institusi ini telah diwartakan oleh Menteri Dalam Negeri sebagai Pusat Pemulihan Khas Bintulu, Sarawak. Institusi ini berupaya menempatkan penghuni dengan kapasiti selesa 600 orang. Pusat Koreksional ini merupakan insitusi yang menempatkan banduan dan tahanan POCA. Pusat Koreksional Bintulu, Sarawak dan Pusat Pemulihan Khas Bintulu, Sarawak ditadbirkan oleh pengarah berpangkat Penolong Komisioner Penjara (PKP), Gred KA48.