
Pusat Koreksional Muar, Jalan Salleh, 84000 Muar, Johor
Tel : 06-9522711 | Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Maklumat Ringkas
Bangunan yang sedia ada hari ini, dibina pada tahun 1927 bagi menempatkan remaja bermasalah. Apabila terbina nya Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, kesemua penghuni-penghuni pusat ini dipindahkan ke sana pada tahun 1950. Penjara ini ditutup seketika dan dibuka semula pada tahun 1958 dengan nama Tempat Tahanan.
Pada tahun 1959, tempat ini sekali lagi ditukar nama kepada Tempat Tahanan Perlindungan. Pada tahun 1973, tempat ini ditutup dan semua tahanannya dipindahkan ke Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting, Perak.
Pada 21 Jun 2011 telah diwartakan menjadi Sekolah Integriti yang menempatkan tahanan muda di bawah Akta Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).
Manakala pada tahun 2012 Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah menempatkan tahanan dewasa dan tahanan muda.
Institusi ini dahulunya Pusat Pemulihan Akhlak Muar kini diwartakan dengan nama Pusat Koreksional Muar dikategorikan sebagai ‘penjara minimum’ yang telah ditandatangani oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri bertarikh 31 Oktober 2019.
Pada 26 September 2024, Pusat Koreksional Muar telah dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB) yang merangkumi kawalan kamera litar tertutup (CCTV) dan pagar keselamatan elektronik. Pemasangan sistem ini bertujuan memperketatkan tahap keselamatan serta memudahkan kawalan institusi secara berterusan selama 24 jam. Pada masa ini, Pusat Koreksional Muar mempunyai seramai sekurang-kurangnya 108 anggota beruniform dan 22 pegawai awam.
Pada 9 Jun 2025, YDH PP Ismawi bin Ismail telah dilantik sebagai Pengarah Pusat Koreksional Muar yang baharu.
Pusat Koreksional Muar turut menyediakan perkhidmatan bengkel dobi yang dibuka kepada orang awam. Hal ini memberi peluang kepada banduan memperoleh kemahiran vokasional yang boleh dimanfaatkan selepas pembebasan, manakala orang awam pula mendapat akses kepada perkhidmatan dobi yang berkualiti pada kadar berpatutan.









