| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Turun Padang YBhg. Dato? Sri Alwi Bin Hj. Ibrahim Ketua Setiauasaha Kementerian Dalam Negeri Ke Penjara Marang Terengganu

14hb. Oktober 2017 (Sabtu)    -    Bertempat diPenjara Marang Terengganu telah berlangsung Lawatan Turun Padang YBhg. Dato? Sri Alwi bin Hj. Ibrahim Ketua Setiauasaha Kementerian Dalam Negeri ke Penjara Marang Terengganu. Turut hadir sama dalam majlis ini isteri Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri YBhg. Datin Sri Roba' Aishah binti Mohd Ghazali Yang Dipertua PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato? Sri Hj. Zulkifli bin Hj. Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan SUB Kanan (Pembangunan & Perolehan) KDN, KP Hj. Nordin bin Hj. Muhamad Pengarah Pengurusan Banduan IPPM, YBhg. Datuk Zukri Valenteno Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat KDN, YBhg. TKP Dato? Ab Basir bin Mohamed Pengarah Penjara Negeri Pahang, YBhg. TKP Dato? Muhammad Zuki bin Muhammad Zain Penjara Penjara Bentong Pahang, PKK Ahmad Saidi bin Hamzah Pengarah Penjara Negeri Terengganu, PKK Mohamad bin Ismail Pengarah Penjara Marang Terengganu, Encik Kamalludin bin Hj. Ismail Setiausaha Bahagian Urus Setia Lembaga Parol KDN, Encik Abdul Razak bin Junaidi Setiausaha Bahagian NKRA KDN, PKK Hj. Wan Ramzan bin Wan Ahmad Penolong Pengarah Kanan Seksyen Vokasional & Industri IPPM, PKP Mat bin Yaacob Pengarah Pusat Koreksional Dungun Terengganu, Pegawai Kanan KDN, Pegawai Kanan IPPM, Pegawai Kanan Pejabat Pengarah Penjara Terengganu, Pegawai Kanan Penjara Marang Terengganu dan anggota.

Susunatur majlis dimulai dengan ketibaan YBhg. Dato? Sri Alwi bin Hj. Ibrahim, tabik hormat oleh Kawalan Kehormatan Utama Penjara Marang Terengganu diketuai oleh KPL 19431 Muhammad Muaz Bin Abdul Rahim, sesi bacaan doa telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Khairul Hisyam bin Ali, ucapan kata aluan oleh pengacara majlis sempena lawatan iaitu IP Siti Aishah binti Mohamad dan seterusnya sesi taklimat diBilik Gerakan Penjara Marang Terengganu oleh PKK Mohamad bin Ismail Pengarah Penjara Marang Terengganu.

Sesi seterusnya lawatan ke Kompleks Songket Penjara Marang untuk melihat dengan lebih dekat iaitu proses penyediaan dan pembuatan songket yang diusahakan oleh penghuni Penjara Marang. Mengakhiri sesi lawatan pada kali ini ialah lawatan ke kuarters kediaman pegawai kanan dan anggota yang mengalami kerosakan.


""