| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Dialog Bulanan Bagi Bulan Mac Dan Taklimat Berkaitan KWSP Serta Zakat di Penjara Dusun Dato? Murad

06 Mac 2018 (Selasa): Dialog Bulanan Bagi Bulan Mac telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Kelab Sukan & Kebajikan. Dialog telah dipengerusikan oleh PKP Zamzuri Bin Ghani selaku Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad dan dimulakan dengan sesi tazkirah ringkas oleh Ustaz Haji Kamarulazmi Bin Muhamad. Turut diadakan semasa sesi dialog tersebut ialah taklimat berkaitan Skim Tabungan Persaraan oleh Pegawai KWSP Cawangan Melaka dan diteruskan lagi dengan taklimat berkaitan Zakat Harta & Pendapatan oleh Pegawai Pusat Zakat Melaka. Sesi dialog tersebut berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam Pertandingan Boling Peringkat Kakitangan Penjara Dusun Dato? Murad.



""