| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

KIK Walid Penjara Dusun Dato? Murad Menyertai International Convention On Qualitiy Control Circles 2018 Di Singapura

22 Oktober 2018 (Isnin) : Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Walid telah terpilih untuk mewakili Malaysia bagi menyertai International Convention On Qualitiy Control Circles (ICQCC) 2018. Konvensyen tersebut akan berlangsung di Resort World Sentosa, Singapura pada 22-25 Oktober 2018. Pelepasan Kumpulan KIK Walid yang diketuai oleh PKP Zamzuri Bin Ghani selaku Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad telah diadakan pada jam 9.30 pagi di hadapan Pintu Utama Penjara Dusun Dato? Murad diiringi dengan bacaan doa selamat oleh KPL Mukhtar Bin Daud selaku Pembantu Guru Agama Institusi. Selain itu, kumpulan ini juga turut diberikan kata-kata semangat untuk membawa pulang kejayaan bagi mengharumkan nama Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia dan Penjara Dusun Dato? Murad khususnya.


""