| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Penghayatan Pembentukan Keluarga Islam (Jalinan Kasih Penghuni) Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri  Tahun 2015

Pada 4 Ogos 2015 (Selasa) bersamaan 19 Syawal 1436H, Unit Program Pembangunan Insan (PPI) Penjara Reman Johor Bahru  telah menganjurkan Program Penghayatan Pembentukan Keluarga Islam (Jalinan Kasih) sempena Hari Raya Aidilfitri yang telah  diadakan di Dataran Perhimpunan Penjara Reman Johor Bahru. Majlis telah  dihadiri Timbalan Penguasa Penjara Shahrom bin Mohamed, Pegawai dan anggota Unit Pelan Pembangunan Insan  yang melibatkan 9 orang penghuni dan 42 orang ahli keluarga.  Di dalam program ini penghuni juga diberi peluang untuk memberi ucapan hari raya kepada keluarga, nyanyian lagu hari raya dan sajak yang bertemakan kekeluargaan.

 

""